Friday, January 11

#25

ASSALAMUALAIKUM,
Hii,apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa.kirim kirim lah berita janganlah senyap sahaja*LOL nyanyi pulakkk*
So whatsup guys?anyone miss me?ohh thank you for not miss me.hahaha.

Semalam satu hari yang amat menyakit kan aku.kenapa?semalam should be my first anniversary with my ex.haha.but know dia dah ada buah hati baru jugak.and diorang pun almost 1 year kalau tak silap.sedih?sedih lah jugak.tapi nak buat macam mana.bukan jodoh kami :')

Aku rasa pengalaman aku bercinta dengan macam macam pesen orang yang membuatkan aku jadi macam ni.you know lah how it's feel.sakit.but aku sanggup tahan.and tak pasal pasal aku jadi macam ni.I'm not blaming all my ex,but I'm blaming myself.okay enough with that.

Dan semalam juga birthday my bestfriend since we're form 1.it's Wana Zainiiiiiiiiii!happy birthday girl :*may Allah always besides you and guide you to Jannah :)

School,
Fuhhhhh.I've lot of homework.and trust me it's too many!urgh!i hate this!dengan kawan kawan yang jual number aku.benci seyh !tak bagi kata sombong dah bagi pegi jual.haish!and yang buat buat cerita pasal aku lagi lah.kata aku couple dengan dia,aku pegang phone dia,cakap nama aku Syarifah Asyiqin.dey!go to hell lah bodoh!baru sekali aku tegur kau,baru sekali aku senyum dekat kau terus kata kita couple ehh?wow!hebat kau.aku belum lagi nak ada boyfriend.spender koyak pun mak jahitkan,ni nak couple dengan aku.boleh go die!

Yang sorang lagi ni lagi best,dapat number aku terus mintak couple.kenal tak,tegur tak pernah tetiba nak ajak couple.gila ke?hahaha.lawak lawak.frankly speaking dekat sekolah tu aku cuma minat 3 orang lelaki.tapi bukan aku minat nak buat pakwa.aku suka tengok diorang.nampak cool jee.even nakal tapi diorang nampak sweet.and i guess semua dah ada awek.okay malas nak cerita lebih lebih.karang korang terliur.haha.

Boring to the max!keyh aku boring.nak pakwa tapi takde orang nak kita.hahaha.actually pagi tadi aku buat routine harian iaitu stalk him.and sangat terkejut dia dah dapat awek baru.hidup dia seperti lalang yang tiada pendirian.semalam kata tak akan fikir pasal cinta dua minit lepas tu ada awek baru.maaf saya nak mencarut sikit,Babi babi babi.kau babi babi babi.maaf :'( aku sedih sangat.haritu beria dia punya sakit sampai tak nak maafkan aku.tapi sekarang?sumpah aku menyesal.sumpah aku cakap aku kesal.tak sepatutnya aku kutip kau dulu.arhh bodoh seyh aku.sekarang dia tersenyum bahagia aku jatuh tersungkur sebelum tiba di garisan penamat.

Aku janji dengan diri aku,aku tak akan patah balik semata mata untuk dia.aku tak akan bodohkan diri aku untuk dia.aku tak akan menangis untuk dia lagi.aku tak akan cari dia lagi.aku tak akan ingat setiap kenangan dan ayat manis dia.aku bersumpah!

Kau sekarang boleh mampus dengan kedekut maaf kau tu.aku tak akan cari kau lagi lucknut!

XOXO,
AY♥

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, January 6

#24

ASSALAMUALAIKUM,
Hi semua :*

Apa Khabar?
Alhamdulillah aku cuma sakit kepala sebab selalu kena hujan dan memikirkan masalah.ceewah!tapi tu tak penting.ni nak kabo pasal dunia sekolah aku ni.hikhikhik

Dunia Remaja,
Dekat sekolah baru aku dah dapat kawan.nama,Sarah,Emy,Zunu,Ain,Puteri,Jue,Piekah,Waniey,dan yang lain tak ingat.hahaha.yang penting aku sayang mereka.muah kiri kanan kiri.hee.tetapi tiada sesiapa mampu menggantikan FOURBABES.fbabes sentiasa di hati.memuah.hug and kiss girls!

Masa terus berdetik,bumi terus berputar tanpa menunggu sesiapa.hari berganti hari,saat berganti detik tanpa mengira bulan.aku masih tegak berdiri disini memerhati dari jauh orang yang lalu lalang melintasi diri ini.dikala semua memecut jauh ke garisan penamat aku hanya duduk bersila memandang alam.mengapa aku tidak berlari bersama mereka mengejar kejayaan hidup?baru aku tersedar rupanya aku telah jatuh.jatuh kedalam dasar laut yang paling dalam.aku tidak tahu bagaimana hendak bangkit ke permukaan.baru aku sedar,aku lemah.aku tidak berdaya.aku tidak mampu.

Masalah umpama bawang di dalam nasi goreng.semakin kita cari semakin banyak.namun!hanya orang yang tekun dan sabar yang dapat mengeluarkan bawang itu sehingga habis dan boleh menikmati nasi gorengnya dengan gembira.

Aku nak jadi orang yang cari bawang tu sampai dapat.aku nak berjaya.jatuh hari ini tak bermakna jatuh selamanya.kita diberi pilihan nak bangkit dan berjaya atau jatuh bersama kegagalan selamanya.

Aku tahu aku kuat.aku tahu aku mampu buang dia terus dari dalam hidup aku.aku tahu aku boleh!

P/s:air mata aku pasti tidak akan tumpah untuk kau lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

#23

ASSALAMUALAIKUM,
Hi hello.apa khabar mu disana ?ku disini kelihatan sihat Alhamdulillah.walau mata bengkak.how's life guys?aku?banyak menangis kebelakangan ni.keyh keyh malas nak cerita.tak penting pun.

Sekolah,
Semakin hari semakin seronok.bila dekat sekolah hilang semua pasal masalah.Alhamdulillah.kawan kawan baru aku selalu ceriakan aku.tapi fbabes aku lebih baik.fbabes aku tahu siapa aku dan cerita hidup aku.dekat diorang aku gelak.dekat diorang aku nangis.dekat diorang aku marah.tapi diorang sentiasa dengan aku.syukur pada mu ya Allah.

Aku,
Semakin matang dan menuju ke alam dewasa.kalau sebentar tadi aku jatuh terjelopok sekarang aku bangkit.aku bukan manusia lemah."DIA" cuma orang asing yang sombong dengan kemaafan.sedangkan Allah pun memaafkan hambanya inikan kita hambanya yang lemah.bila bercakap,dia seperti tidak membuat sebarang kesilapan dalam hidup.tidak mengapa.itu hak dia.kita sebagai seorang Islam hanya mampu bersabar.

Gadis,
Aku hanya seorang perempuan yang tidak lari dari kesilapan.aku mohon maaf atas dosa aku pada kau.yeee besar sangat dosa aku pada kau sampai tertutup pintu kemaafan kau.tidak mengapa.aku redha.aku cuma gadis yang seorang menitiskan air mata untuk seorang bergelar lelaki.benar kata seorang hamba Allah,ketawa boleh untuk ramai tapi menangis hanya untuk seorang.

Kau,
SELAMAT TINGGAL KENANGAN PAHIT YANG MENGHANCURKAN SEGENAP HATI DAN SEBAHAGIAN HIDUP LAMA AKU.KAU BOLEH BERAMBUS!

P/s:ni gambar lepas nangis call julia.ngehngehngeh

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, January 4

#22

ASSALAMUALAIKUM,

Dikala kau jatuh tanpa seseorang disisi,yakinlah bahawa ada yang sentiasa menanti mu.disaat kau rebah tanpa ada yang berpaling yakinlah bahawa ada yang sentiasa menanti mu.diwaktu kau susah tanpa seseorang yang menghulur yakinlah bahawa ada seseorang yang sentiasa sudi membantu mu.

Sepanjang perjalan mu menuju bahagia penuh dengan duri,tetapi tetap yakin yang Allah sentiasa mengatur sesuatu untuk mu.yakinlah bahawa di penghujung jalan nya ada seseorang yang menantikan mu.

Kerana seseorang itu aku.kerana aku sentiasa disisi mu tanpa kau berpaling walau sedikit.kerana kau rebah tanpa mahu bangkit.kerana kau tidak perasaan aku.tetapi aku tetap sentiasa menanti kan mu.

Yakinlah Bahawa Aku Ada Untukmu Hingga Hujung Nyawa :')

XOXO,
AY♥

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 2

#21

ASSALAMUALAIKUM,
Hiiiii semua.amacam first day?best?yang form 4 dapat aliran apa?dengar cerita MGHS dah lain.betul ke?hahaha.Alhamdulillah hari kedua aku berjalan lancar :)

Second Day At School,
Harini hujan bapok lebat*saja nak buat korang terkejut kalah naga sari*tak delah  lebat.tapi lebat lahh jugak.acane tu?hahaha.so hari kedua aku semakin lancar bersama kawan kawan yang boleh kira masuk air lah.seriously seronok.perempuan termasuk aku 3 orang budak baru.dan Alhamdulillah kami sentiasa bersama tak kan terpisah.haha.even baru jumpa tapi dah macam satu kepala.aku rasa sekolah baru aku mesti banyak mengubah aku kearah keagamaan.In Shaa Allah :)

Perhimpunan,
Selalu nya perhimpunan pagi bagi sekolah dekat Melaka akan menyanyi kan lagu Negaraku dan lagu negeri.tapi lain di sekolah aku.pagi kami dimulakan dengan Zikir Munajat diikuti dengan Mengaji.Alhamdulillah aku bersyukur even mula mula tak suka.tapi aku terus fikir sudut positif :)

Pakaian,
Sama seperti sekolah kerajaan lain.kami perlu memakai baju kain cotton sama seperti kain juga.perlu pakai kain dalam.dan wajib tudung labuh.realitinya nampak macam sekolah agama tapi ini lah yang hakikat nyaa :) aku sungguh bersyukur sebab sekolah ni lebih kearah keagamaan.sesuai dengan aku yang baru berhijrah :')

Pergaulan,
Aku hanya bercampur dengan budak perempuan sekarang ni.belum masa untuk aku memperkenalkan diri aku :) bercakap pasal lelaki,tadi aku kena kejar dengan seorang pelajar yang menuntut di sekolah yang sama dengan aku.Masya Allah,Allah sahaja yang tahu perasaan aku.takut nyaa.nasib baik aku tak diapa apa kan.syukur Alhamdulillah :)
Memang aku rindu dengan Mghs tapi aku terpaksa meneruskan pelajaran disini.sadis ayat aku.hahaha.kawan kawan baru aku tanya, "awak tak rindu sekolah lama?kawan lama?cikgu?" Nak aja menitis air mata aku.Allah saja yang Maha Mengetahui :')

Wawa Zainal,
Kenal Wawa Zainal artis tu?ada pelajar dekat situ kata muka aku macam Wawa Zainal.haha.dari zaman aku duduk hostel lagi cerita ni timbul.tah mana celah tak aku ni Wawa Zainal.jauh panggang dari api.haha.

192 Days Left,
192 hari lagi aku nak harung sesi persekolahan tahun 2013.In Shaa Allah aku berjaya.keyh malas nak cerita pepanjang.esok sekolah.ada solat hajat.byeeeeeee :*

XOXO,
AY♥

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, January 1

#20

ASSALAMUALAIKUM,
Hii guys.so how new year?aku?aku sekolah.okay harini malas nak update pasal aku sambut new year cemana sebab aku tidur masa bunga api bergembira.lalala

First Day School,
Selama aku bersekolah menengah ni masa aku form 1 jee aku sekolah campur.itupun 2 minggu genap lepas tu dapat tawaran MGHS.so kau boleh bayangkan bertapa awkward nya aku?as for me yang kira first time sekolah campur ni memang kalau kau tanya perasaan aku memang aku jawab
                "AKU TAKUT !!!!!!!!!"
dengan lelaki yang muka ala ala pelakon KL Gangsters tambahan.boleh bayangkan?yang perempuan pulak macam mak cik buat ketupat tempahan 5000.sila bayangkan sekarang.bertapa takut nyaa aku.bila dengar cikgu cakap sekolah tu tak ada yang dapat Straight A's for mePMR 2012.al maklum lah ni sekolah kampung.sangat kampung.bila budak budak sekolah tu tanya aku dapat berapa result baru ni aku cakap lah 3A 4B 1C.then semua macam kena sawan beruk Africa.kalau kat sekolah lama aku dah tentu tentu aku tunduk jee.then memasing cakap
               "Awak mesti dapat kelas 4A kelas pure science"

Dah aku pulak kena sawan beruk Africa.hahaha.bila aku tanya diorang punya result majority 2A or 1A.aku naik satu takuk jee.hahaha.then adalah budak baru lagi sorang ni perempuan lahh.nama dia panjang sangat aku ingat Emy jee.haha.bila tanya dia punya result dia cakap
               "Saya buleh se A 4B 2C 1D"
ni kalau tak silap ahh.and kalau tak silap aku jugak budak baru yang daftar sama dengan aku 1lelaki and 2perempuan termasuk aku.so aku pun kawan lah dengan budak baru tu jugak.yang lelaki tu dari Banting.Emy dari Bukit Payung Terengganu.and aku dari Melaka.

Soalan paling kelakar aku darisalah seorang pelajar dekat situ ni haa
               "Dekat melaka tu rumah awak dekat dengan klinik?hospital                                                                          dekat?"
Yang ni seriously aku nak berdekah.hahaha.tapi sebab nak cover punya pasal aku diam jee tahan gelak.haha.then adalah soalan yang boleh diterima pakai.Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar.syukur :)

Orentasi,
Biasalah baru masuk form 4 ni mesti dia bagi orentasi dulu tak nak bagi otak kami terkejut.haha.biasa nya orentasi 2minggu atau 1minggu depends kepada sekolah.tapi Alhamdulillah sekolah baru aku cuma 3hari.tapi tolak hari Khamis sebab Khamis solat hajat tahun baru dan bagi pelajar form 4 akan tahu kelas masing masing dan kalau sempat dapat buku teks.fuh berdebar aku nak tahu subject apa aku dapat.sumpah mak takut nok!haha.

Sesi Berkenalan Tidak Rasmi,
Macam kelakar kan bunyi ?haha.sesi kenal kenal dengan budak budak yang dedekat aku.2 orang punya nama jee aku ingat.yang lain lupa.haha.kalau tak silap sorang Jue and Hafifah.yang lain aku lupa dan tak tahu.ahh lantak lah aku datang nak sekolah takde makna nya aku nak gi gegedik kat sekolah tu.sorry nok mak tak layan.hahahahaha

Tahun Baru Azam Baru,
Azam aku tahun ni nak belajar bersungguh sungguh.aku nak bukti kan dekat family aku aku boleh.aku nak tunjuk dekat semua orang sekolah aku mampu melahirkan pelajar cemerlang.In Shaa Allah :')

Akhir Kata,
Korang tolong doakan aku berjaya.aku harap sekolah baru dan suasana belajar yang baru ni aku nak jadi orang baru.orang yang lebih matang.aku nak kekal single.sebab2nanti kahwin aku nak mak aku cari kan.kalau nak pegi bebaik dengan mak aku.hahaha.aku harap sangat aku boleh berjaya sebab aku satu satu nya harapan keluarga.

XOXO,
AY♥

Published with Blogger-droid v2.0.9